Rakan Seperjuangan Bertahlil Untuk Arwah Ahmad Taha


Jumaat, 2009 Julai 24

Rakan Seperjuangan Bertahlil Untuk Arwah Ahmad Taha

Pemergian Allahyarham Ahmad Taha merupakan berita yang sedih bagi rakan seperjuagan di Kampung Perdamaian Sukhirin. Mereka beramai-ramai mengadakan majlis tahlil dan memanjatkan doa ke hadrat Allah Taala semoga roh Allahyarham diletakkan di kalangan orang-orang yang solih.

Ketika mengenang masa silam, rakan seperjuangan di Sukhirin menyebut bahawa Allahyarham adalah antara putera puteri terpuji Sungai Pahang yang bangun memanggul senjata berjuang demi menghalau penjajah dari bumi tanah air apabila penjajah British melakukan penindasan menyeluruh ke atas gerakan kemerdekaan pada tahun 1948.

"Allahyarham adalah antara pejuang yang teguh mempertahankan perjuangan, walau dalam keadaan apapun tak pernah tunduk pada rintangan. Di masa revolusi mengalami kekandasan, Allahyarham bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sama-sama merasai ketiadaan makanan, setahun tak menjamah nasi dan lain-lain. Semua ujian itu telah di harungi dengan semangat perjuangan yang teguh membaja."

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam ketika rakan seperjuangan sedang bertahlil dan berdoa untuk arwah Ahmad Taha di Masjid Darul Aman, Kampung Perdamaian Sukhirin.





Nota: Sila rujuk:
Pohon Ampun Maaf
http://matamin.blogspot.com/2009/07/pohon-ampun-maaf.html
Dicatat oleh M.A. di Jumaat, Julai 24, 2009
5 ulasan:
Putera Gunung Tebu berkata...
Anak-anak (termasuk yang dah tua) yang dilahirkan melalui sistem pendidikan kebangsaan akan menggambarkan komunis dan bekas komunis sebagai bengis, jahat dan tiada agama. Inilah yang menjadi pegangan mereka hasil usaha media dan sistem pendidikan warisan penjajah.

Harap sekelumit gambar-gambar yang disiar oleh Mat Amin ini mengetuk sedikit minda rakyat.

Dengan penyelidikan yang panjang, saya tidak berminat kepada ideologi komunis. Namun saya sangat kagum kepada perjuangan golongan kiri dalam memerdekakan negara daripada penjajah British dan tali barut penjajah. Selain Hizbul Muslimin, KMM, PKMM, API, AWAS, PETA dan lain-lain, saya sangat mengagumi perjuangan dan pengorbanan anggota2 Rejimen Ke-10 PKM yang diasaskan di Kerdau, Temerloh.
Sosialis Hijau berkata...
saya sedang merancangkan satu forum yang berkisarkan tentang idiologi sosialisme/komunisme dan Islam. InsyaAllah akan membariskan wakil dari Ulama PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang lagi.... jika ada wakil bekas ahli PKM adalah lebih bagus... saya dah maklumkan perkara ini secara lisan kepada pengerusi PSM Dr Nasir dan bendhari Pas Pusat Dr Hatta Ramli dan mereka menyokong cadangan ini..

Kekeliruan tentang isme -isme perlu di rongkaikan. Tuduhan sesat perlu di jawab secara berdepan.
Tanpa Nama berkata...
Assalamualaikum,

Saudara Mat Amin,

Baharu-baharu ini saya berkesempatan balik ke kampung mertua saya di Buntut Pulau, Temerloh.Untuk pengetahuan saudara, di belakang rumah mertua saya tinggal seorang bekas pejuang seangkatan saudara (saya memanggilnya Aki Teh).

Saya bertanya kepada mertua saya berkenaan pemergian Ahmad bin Taha,tetapi menurutnya Ahmad bin Taha @ Aki Teh masih lagi hidup. Yang meninggal tempohari adalah bekas pejuang yang turut tinggal di Buntut Pulau yang juga dikenali dengan nama Ahmad/Mohammad.Foto yang diberikan juga adalah seiras dengan Aki Teh yang masih hidup.

Mohon untuk kepastian daripada saudara dan menurut mertua saya lagi salah seorang(saya tak pasti) daripada mereka dikenali dengan nama Mat Rimau.

menantu buntut pulau
M.A. berkata...
Salam,

Terima kasih maklumat dari MENANTU BUNTUT PULAU. Saya memandang serius masalah ini. Kini sedang menghubungi pihak-pihak yang terbabit untuk pengesahan sekali lagi. Apapun jawapannya, akan saya paparkan di sini. Insya-Allah

M.A.
selimut putih berkata...
Untuk makluman Sosialis Hijau, antara bekas "tokoh besar" PKM yang ada di Malaysia sekarang dan mungkin boleh menjadi ahli panel forum itu ialah Ibrahim Chik (Beliau tinggal di Temerloh). Cuma beliau sukar berkomunikasi kerana menghadapi "masalah pendengaran".
2009 Julai 27 11:42

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Muzium Sejarah

Barisan Gerila Malaya

Ibu Zaleha - Ketua AWAS Lubuk Kawah